Home Buletin Semasa OPERASI SEKOLAH SESI PAGI DAN PETANG BERJALAN SEPERTI BIASA – KPM

OPERASI SEKOLAH SESI PAGI DAN PETANG BERJALAN SEPERTI BIASA – KPM

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan waktu operasi sekolah sesi petang di Semenanjung Malaysia tamat pada pukul 5.30 petang manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Menurut kenyataan KPM, waktu sekolah sesi pagi pula akan beroperasi seperti hari persekolahan biasa.

Jelasnya, penetapan itu adalah untuk sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan KPM sebagaimana Surat Siaran KPM Bilangan tiga tahun 2022 yang masih digunapakai.

Ia bagi memastikan kesemua murid dan guru yang beragama Islam dapat menunaikan ibadah Ramadan dengan selesa.

Dalam perkembangan sama, KPM turut mengambil serius terhadap segelintir pihak yang menularkan hantaran tidak bertanggungjawab berkenaan operasi sekolah pada Ramadan ini di media sosial.

KPM turut mengarahkan semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengingatkan pengetua dan guru besar institusi pendidikan agar mematuhi penetapan berkenaan.

Orang awam turut dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi Kementerian dan tidak terpengaruh dengan hantaran media sosial yang mengelirukan masyarakat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here