Home Buletin Semasa MOTAC BATAL LESEN SYARIKAT AL QUDS UMRAH & TOURS KUATKUASA 24 JANUARI

MOTAC BATAL LESEN SYARIKAT AL QUDS UMRAH & TOURS KUATKUASA 24 JANUARI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn. Bhd berikutan gagal membawa penuntut mengerjakan ibadah umrah dan badal haji pada tarikh yang ditetapkan.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Wira Roslan Abdul Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan, ia mula berkuatkuasa pada 24 Januari nanti.

“Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyatan, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut didakwa kerana gagal membawa penuntut mengerjakan ibadah umurah dan badal haji walaupun keseluruhan bayaran sebanyak RM6,000 dan RM4,000 sudah dijelaskan oleh kedua-dua penuntut.

Oleh itu, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Sabah pada Oktober tahun lalu, membenarkan tuntutan pampasan ganti rugi berjumlah RM10,000 oleh dua individu terhadap syarikat berkenaan.

Pada masa sama, kedua-dua mangsa berkenaan berasa diperdaya oleh syarikat itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here