Home Buletin Semasa MDBBPI RAIH FAEDAH LEBIH RM6 JUTA HASIL PEMBANGUNAN BANDAR BARU JELAWAT

MDBBPI RAIH FAEDAH LEBIH RM6 JUTA HASIL PEMBANGUNAN BANDAR BARU JELAWAT

187
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) meraih faedah melebihi RM6 juta hasil daripada pembangunan Bandar Baru Jelawat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, ia meliputi kesiapan pembinaan satu unit bangunan pasar awam bertingkat, surau, hentian bas, tandas awam serta nilaian wang tunai.

“Nilai pelaburan bagi projek ini berjumlah hampir RM93 juta yang mana ia merupakan usaha sama antara MDBBPI dengan Syarikat Induk Setia Sdn Bhd.

“Keluasan tanah projek ini adalah seluas 21.45 ekar dan perjanjian ditandatangani pada 26 April 2018, katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Bandar Baru Jelawat MDBBPI di sini, hari ini.

Beliau berkata, bandar itu menjadi nadi baharu bagi aktiviti ekonomi kepada penduduk Bachok setelah ia dibina sejak tahun 2018.

Katanya, projek pembinaan bandar itu mengambil masa selama lima tahun.

“Komponen utama pembangunan Bandar Baru Jelawat adalah bangunan perniagaan dan kemudahan infrastruktur iaitu satu unit pasaraya hypermarket Pantai Timur, satu unit pasar awam bertingkat dan 207 unit lot bangunan perniagaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud menyampaikan geran kepada 50 penerima hakmilik tanah bagi jajajahan Bachok.

Terdahulu, beliau merasmikan Bandar Baru Jelawat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Yang Dipertua MDBBPI, Shamsul Abu Bakar, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Zameri Mat Nawang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here