Home Buletin Semasa CUBAAN SELUDUP BARANG RUNCIT DARI THAILAND GAGAL

CUBAAN SELUDUP BARANG RUNCIT DARI THAILAND GAGAL

146
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Cubaan seorang lelaki melayu berusia 29 tahun yang dipercayai menyeludup barangan runcit berjaya dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan sekatan jalan raya menerusi Op Taring WAWASAN di Jalan Banggol Kong Jeram Perdah, di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan berkata dalam kejadian itu, pihaknya menahan sebuah kenderaan bersama pelbagai kotak makanan diseludup dari negara jiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua barangan rampasan itu bernilai RM936. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983,”katanya.

Menurutnya kesemua barangan itu dibawa ke Komtak Jeram Perdah bagi siasatan lanjut.

Pasukan Gerakan Am terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here