Home Buletin Semasa PROGRAM SEMARAK JIWA MERDEKA DAPAT MARTABATKAN NILAI KESENIAN DI NEGERI KELANTAN

PROGRAM SEMARAK JIWA MERDEKA DAPAT MARTABATKAN NILAI KESENIAN DI NEGERI KELANTAN

186
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Program Semarak Jiwa Merdeka 2024 adalah salah satu inisiatif bagi memartabatkan nilai kebudayaan, kesenian dan warisan negeri Kelantan. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman, ia bukan sahaja menjadi wahana untuk diperkenalkan malah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan identiti dan jati diri anak muda di negeri ini.

“Saya berharap program ini memberi impak yang positif kepada seluruh masyarakat.

“Sama ada dari segi peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara warisan budaya dan merangsang pertumbuhan sektor pelancongan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program Semarak Jiwa Merdeka 2024, di AEON MALL, di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, Ariza Che Ismail, Senior ManagerMall Operation-Northen Region, Kamarul Zaman Jaafar dan Presiden IMedikel, Yusmat Mamat dan penaja-penaja.

Sementara itu, Pengarah Empayar Jersi, Norshahidan Azwan Fozee berkata, pihaknya terus komited dalam menyokong program program bagi membina jati diri dan memperkukuh semangat kebangsaan dalam masyarakat.

“Dalam dunia semakin mencabar ini, penting untuk kita sentiasa memelihara dan memupuk rasa cinta kepada tanah air,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here