Home Sukan ATLET GUSTI INDIA DIBATAL KERANA TERLEBIH BERAT 150G

ATLET GUSTI INDIA DIBATAL KERANA TERLEBIH BERAT 150G

110
0

PARIS: Seorang ahli gusti wanita dibatalkan penyertaannya hanya beberapa jam sebelum final – selepas didapati terlebih berat sebanyak 150 gram.

Bintang India, Vinesh Phogat, 29, kemudian dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan pengsan kerana berjaga sepanjang malam berjoging dan berbasikal bagi mengurangkan berat badannya.

Penggusti itu mendapati dia terlebih berat 2 kilogram kelmarin.

Phogat kemudian kembali ditimbang dan terlebih berat hanya 150g.

Namun ia tidak cukup untuk menepati kelayakan dan pegawai Olimpik membatalkan penyertaannya daripada pertarungan final.

Dia kemudiannya pengsan kerana dehidrasi dan dikejarkan ke sebuah hospital di Paris.

Phogat dijadualkan bertemu Sarah Hildebrandt pada perlawanan penentuan pingat emas hari ini.

Namun dengan pertembungan itu dibatalkan, ahli gusti Amerika Syarikat itu dijangka dianugerahkan pingat emas.

Malah pingat perak juga dijangka tidak diberikan kepada Phogat sekalipun dia menumbangkan tiga pencabarnya pada temasya itu.

Keputusan itu mencetus kemarahan di India, dengan Perdana Menteri Narendra Modi berkata: “Vinesh, anda adalah juara dalam kalangan juara. Anda adalah kebanggaan dan inspirasi India.

“Keputusan hari ini menyakitkan. Saya harap kata-kata dapat meluahkan kekecewaan yang kami alami.

“Pada masa sama, saya tahu anda melambangkan ketabahan. Sudah menjadi sifat anda untuk menghadapi cabaran demi cabaran. Kembali dengan lebih kuat. Kami semua menyokong anda.”

Impian Olimpik Phogat berkecai susulan kemunculan semula mengagumkan daripada kecederaan lutut teruk yang mengancam kariernya pada Rio 2016. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here