Home Buletin Semasa PADAH CUBA ‘SAMPLE’ GINCU DI PREMIS ALAT SOLEK

PADAH CUBA ‘SAMPLE’ GINCU DI PREMIS ALAT SOLEK

155
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Mencuba ‘sample’ alat solek khususnya gincu di premis jualan adalah tindakan normal yang biasa dilakukan oleh golongan wanita.

Ini kerana dengan mencuba pada bibir, mereka dapat melihat dan merasa tekstur produk untuk kesesuian diri terutama dari segi kelembapan dan warna produk tersebut.

Namun begitu, tanpa disedari tindakan tersebut boleh mendatangkan penyakit kelamin seperti ‘Herpes’.

Ia berikutan kejadian yang berlaku pada seorang wanita yang tidak menyangka salah satu ‘sample’ gincu yang dicuba di kedai alat solek menyebabkan sekitar mulutnya kemerahan serta bernanah.

Menurut seorang pekerja swasta, Atikah Salim, 25, dari Melaka, meskipun golongan wanita ingin mencuba ‘sample’ lisptik namun, mereka juga perlu menitikberat tentang kebersihan agar tidak dijangkiti oleh penyakit herpes.

“Saya rasa tidak patut kita terus mencuba ‘sample lipstik pada mulut sebaliknya gunakan pada tangan atau tisu terlebih dahulu untuk melihat warnanya.

“Hal ini penting untuk golongan wanita dan jangan ambil remeh akan kebersihan kerana ketika berada di luar kerana badan kita lebih terdedah dengan pelbagai jenis penyakit,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunong, Fadhilah Azman, 18, selain daripada di kedai kosmetik, kebarangkalian juga penyakit herpes boleh dijangkiti apabila berkongsi barangan solek dengan orang lain.

“Oleh sebab itu, sebaiknya kita bawa alat solek kita sendiri dan elakkan daripada berkongsi sebab pelbagai risiko boleh berlaku kepada diri kita,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here