Home Sukan KETIADAAN GARECA BUAT CHILE CEMAS

KETIADAAN GARECA BUAT CHILE CEMAS

173
0

FLORIDA: Chile akan menamatkan kempen peringkat kumpulan Copa America apabila mereka menentang Kanada esok, tetapi mereka bakal melakukannya tanpa ketua jurulatih Ricardo Gareca, yang digantung satu perlawanan.

Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) menggantung Gareca selepas beliau lewat membawa pemain masuk pada separuh masa kedua menentang Argentina Rabu lalu.

“Ricardo (Gareca) dalam perjalanan ke sidang media apabila kami mendapat mesej daripada CONMEBOL mengenai penggantungan itu. Beliau kembali ke hotel dan kami perlu menyelesaikannya,” kata penolong jurulatih Sergio Santin pada sidang media.

Beliau menambah bahawa pengurus tidak akan dapat menghubungi pemain, kerana tidak dibenarkan berada di bilik persalinan dan mesti kekal di tempat penonton.

“Kami sangat berhati-hati untuk menghormati dan mengikut semua arahan daripada CONMEBOL. Terdapat situasi di luar kawalan kami, yang kami terima, tetapi kami bersedia,”katanya.

Pasukan dari Amerika Selatan itu, yang hanya mempunyai satu mata, sedang membida tempat ke suku akhir,
mensasarkan untuk menewaskan Kanada, yang mempunyai tiga mata. – REUTERS, HMetro
Online –



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here