Home Sukan STONES ISYTIHAR CERGAS JUMPA SERBIA

STONES ISYTIHAR CERGAS JUMPA SERBIA

141
0

MUNICH: Pemain pertahanan England, John Stones mengakui bimbang dia mengalami kecederaan serius ketika aksi pemanas badan terakhir minggu lalu tetapi menegaskan dia cergas sepenuhnya bagi perlawanan pertama Euro 2024 menentang Serbia, awal pagi Isnin ini.

Stones yang juga pemain tonggak dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Gareth Southgate dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika tewas kepada Iceland, Jumaat lalu.

Pada awalnya dia dilihat mengalami kecederaan buku lali sebelum menghabiskan 36 jam dalam pengasingan kerana masalah kesihatan pada pertengahan minggu.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata, dia tidak mengalami kecederaan serius dan sudah kembali menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi aksi pertama Kumpulan C.

“Ada sesuatu yang berlaku di jari kaki saya… saya ingat saya sudah patahkannya,” kata Stones kepada media Inggeris semalam.

“Anda fikir yang terburuk pada mulanya dan selepas melakukan ujian imbasan, kecederaan itu tidak serius. Kemudian saya tidak pernah sakit seperti itu dalam… saya tidak boleh memberitahu anda berapa lama. Ia adalah 36 jam yang amat sukar.

“Ia boleh menjadi lebih teruk daripada apa yang sebenarnya dan saya gembira dapat kembali menjalani latihan Khamis lalu. Sekarang saya rasa hebat secara fizikal.”

Stones, yang sudah bermain 72 kali untuk England, berkata dia percaya pasukan itu mampu memperbaiki prestasi Euro 2021 yang menyaksikan mereka tewas dalam aksi final di tangan Itali.

“Saya seorang yang percaya bukan berharap kami boleh menang tetapi percaya kami boleh menang,” katanya.

“Ia adalah mesej yang mudah. Saya rasa semua orang dalam bilik ini berharap kami boleh menang tetapi mempercayainya adalah perkara yang sangat berbeza. Itu adalah perkara yang kuat.”

Selepas Serbia, England akan berdepan Denmark pada Khamis dan Slovenia lima hari kemudian. – REUTERS, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here