Home Buletin Semasa ROTI BAKAR BANDUNG 23 PERISA DIBAKAR ENAM PENJURU

ROTI BAKAR BANDUNG 23 PERISA DIBAKAR ENAM PENJURU

Oleh: Athirah Azman@I Medikel TV

KOTA BHARU: Jika ada dalam kalangan kita pernah ke Bandung, sudah tentu pernah menikmati roti bakar bandung.

Namun, roti bakar tersebut kini boleh didapati di negeri Che Siti Wan Kembang.

Pengusaha roti bakar bandung, Norfatihaah Hadibudin berkata, roti bakar bandung mempunyai lebih 23 perisa dan dibakar dengan enam penjuru.

Norfatihaah berkata, cara pembuatan roti bakar bandung adalah dengan menghiris pada bahagian tengah roti kemudian disapu dengan dua perisa pilihan pelanggan lalu dibakar enam penjuru.

“Keunikan roti bakar bandung ini ia disajikan dengan 23 perisa dan mungkin kita akan tambah lagi perisa.

“Kita ada perisa utama iaitu yang biasa dan premium. Yang preium ini harga agak mahal namun  ianya antara jualan yang paling mendapat sambutan ramai. Kalau yang perisa biasa seperti coklat, kacang, strawberi manakala perisa premium ialah Nutella, biscof dan pisang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kubang Kerian, disini, baru-baru ini.

Katanya, dia mendapat ilham untuk menghasilkan roti bakar bandung pertama di Kelantan kerana melihat keunikannya yang dijual di Bandung, Indonesia.

Norfatihaah berkata, roti itu perlu disapu perisa terdahulu sebelum ia dibakar untuk mendapatkan rasa manis, sedap dan menarik.

Tambahnya, ia dibakar enam penjuru bagi mendapatkan kerangupan di luar dan lembut di dalamnya.

Dia turut dibantu oleh lima pekerja dan berjaya menjual sebanyak 1500 roti bakar bandung dalam masa dua hari.

Jelasnya, setakat ini dia mengambil bekalan roti di negeri luar, namun dia berhasrat untuk membuka kilang roti tersebut di negeri Che Siti Wan Kembang.

“Roti bakar bandung berasal daripada Bandung Indonesia, saya dapat ilham untuk buat roti bakar bandung di Malaysia ini kerana saya tengok masih belum ada lagi di pasaran Kelantan setakat ini,” katanya.

Norfatihaah berkata, setakat ini dia mempunyai tujuh cawangan roti bakar bandung di Malaysia termasuk lima di Kelantan manakala satu di perak dan satu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, bagi pelanggan yang ingin mencuba roti itu, mereka boleh mendapatkannya di Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

“Harganya bermula daripada RM10 hingga RM18,” katanya.

Jelasnya, setelah sebulan kedainya di buka di cawangan Kubang Kerian, dia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai sehingga pihaknya tidak menang tangan sekaligus bekalan roti tidak mencukupi.

Norfatihaah berkata, orang ramai sanggup beratur dan berpayung semata-mata untuk membeli roti itu walaupun dalam keadaan hujan.

Seorang pelanggan, Syahmi Hakim Zulkplee, 25, dari Bachok berkata, dia baru pertama kali ingin mencuba roti bakar bandung setelah melihat rakaman video roti itu di aplikasi instagram.

“Saya beli roti bakar bandung perisa pistachio dengan crunchy dan peanut dengan kaya pandan,” katanya.

Syahmi berkata roti bakar bandung mempunyai rasa yang manis, sedap dan tidak menghampakannya.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here