Home Sukan FLUMINENSE MARA KE FINAL PIALA DUNIA KELAB

FLUMINENSE MARA KE FINAL PIALA DUNIA KELAB

141
0

Jeddah: Fluminense mara ke final piala dunia kelab FIFA selepas dua gol dalam tempoh 20 minit terakhir memastikan kemenangan 2-0 ke atas Al-Ahly di Jeddah.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, penalti Jhon Arias memecah kebuntuan sebelum John Kennedy mengesahkan kemenangan kelab Brazil itu ke atas lawan dari Mesir pada minit ke-90.

Fluminense akan bertemu sama ada juara liga juara-juara Eropah, Manchester City atau Urawa Reds dari Jepun pada aksi final jumaat ini.

Al-Ahly terlepas beberapa peluang keemasan untuk meletakkan juara Afrika itu di depan susulan aksi cemerlang penjaga gol Fluminense, Fabio yang berusia 43 tahun.

10 edisi piala dunia kelab lalu dimenangi oleh kelab-kelab Eropah.

Al-Ahly sebelum ini menyingkirkan kelab tuan rumah, al-ittihad yang dibintangi Karim Benzema, N’golo Kante dan Fabinho.

Pemain Fluminense, Felipe Melo, 40, menjadi pemain ‘Outfield’ tertua dalam sejarah piala dunia kelab. -AFP, BH Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here