Home Sukan MANCHESTER CITY DIDENDA FA INGGERIS

MANCHESTER CITY DIDENDA FA INGGERIS

151
0

LONDON: Manchester City didenda 120,000 pound (RM712,000) susulan tindakan pemain mereka mengepung pengadil, Simon Hooper di akhir permainan ketika seri 3-3 menentang Tottenham awal bulan ini.

Menurut laporan AFP melalui Berita Harian, Hooper menghentikan permainan bagi memberikan tuan rumah sepakan percuma, walaupun sebelum itu sudah menunjukkan isyarat meneruskan permainan selepas Emerson Royal mengasari Erling Haaland.

Haaland kemudian bangun dan melakukan hantaran jauh dan tepat kepada Jack Grealish tetapi Hooper tiba-tiba meniup wiselnya sekali gus menghentikan serangan Man City.

Keadaan tersebut telah memicu rasa marah di kalangan pemain City, terutamanya penjaring gol terbanyak mereka, Haaland.

Haaland sekali lagi menunjukkan rasa kecewa selepas perlawanan dan mengungkapkan perasaannya melalui platform media sosial, X.

Persatuan Bolasepak (FA) England kini mendenda City selepas kelab itu mengakui pemain mereka berkelakuan tidak sepatutnya.

“Manchester City FC didenda 120,000 pound (RM712,000) selepas pemain mereka mengepung pegawai perlawanan dalam aksi Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur FC pada Ahad 3 Disember.

“Manchester City FC mengakui mereka gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan tidak sepatutnya pada minit ke-94.

“Suruhanjaya kawal selia bebas mengenakan hukuman ini selepas proses perbicaraan,” kata kenyataan FA. -AFP, BH ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here