Home Buletin Semasa BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT KEPADA 4,309 ORANG

BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT KEPADA 4,309 ORANG

131
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@I Medikel TV

KOTA BHARU: Situasi banjir di Kelantan meningkat kepada 4,309 orang daripada 1,355 keluarga setakat jam 1 tengahari Berbanding 3,780 orang daripada 1,170 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa dari Tanah Merah dan Pasir Mas berada di 12 pps di dua jajahan itu.

Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,185 orang dan ditempatkan di 11 pps termasuk SK Sri Rantau Panjang 2, SK Gual To’ Deh, SK Gual Periok.

Manakala 124 orang ditempatkan di pps SMU (A) Kajang, Tanah Merah.

Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan trend air bertahan iaitu 10.39 meter di atas paras bahaya.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here