Home Buletin Semasa PROJEK IPL UNTUK BANTU PEKEBUN KECIL GETAH

PROJEK IPL UNTUK BANTU PEKEBUN KECIL GETAH

SUNGKAI: Pekebun kecil getah terus dibantu melalui insentif kerajaan untuk manfaat kepada mereka melalui projek rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof, dalam satu kenyataan berkata model baharu projek rintis IPL bertujuan membantu pekebun kecil getah menambah pendapatan dengan galakan untuk beralih kepada penghasilan susu getah (lateks) berbanding getah sekerap (cuplump), selain membantu meningkatkan pengeluaran lateks bagi menampung bekalan lateks di sektor hiliran negara.

“Melalui model baharu IPL, peserta dari kalangan pekebun kecil getah akan menerima beberapa manfaat insentif yang akan dinilai berdasarkan produktiviti lateks yang bakal dihasilkan dengan kadar tertentu yang telah ditetapkan.

“Kilang pemproses lateks yang terpilih dalam projek rintis model baharu IPL akan memperoleh manfaat melibatkan kebenaran khas mengutip lateks dengan syarat-syarat tertentu dan pinjaman kemudahan serta peralatan seperti RRIMMeter bagi memudahkan penentuan kadar kandungan getah kering di lapangan dengan lebih cepat dan sistematik,” katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Majlis Pelancaran Model Baharu Projek Rintis IPL dan Projek Rintis Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) bertempat di Dewan SIGMA, Pusat Latihan Statistik, Sungkai, Slim River, Perak.

Projek rintis model baharu IPL dibangunkan dengan memendekkan rantaian pemasaran melalui jualan lateks secara terus daripada pekebun kecil kepada kilang pemproses, yang boleh membantu meningkatkan harga jualan lateks dan pendapatan pekebun kecil getah.

Projek rintis MSNR akan dimulakan di beberapa negeri terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan penyertaan oleh pekebun kecil, peniaga getah, dan kilang pemprosesan.

-KPKM-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here