Home Sukan GUIU PERMATA BAHARU BARCELONA

GUIU PERMATA BAHARU BARCELONA

BARCELONA: Pemain remaja, Marc Guiu berkata dia pasti sukar melelapkan mata selepas membantu Barcelona menewaskan Athletic Bilbao 1-0, hanya beberapa saat selepas dimasukkan.

Guiu membuat penampilan sulung untuk juara bertahan, Barca yang kini melonjak ke tangga ketiga La Liga dan akan berdepan pendahulu, Real Madrid pada Sabtu depan.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Barca kendalian Xavi Hernandez hanya ketinggalan satu mata di belakang Madrid dan Girona yang menghuni tangga kedua.

Ketika Barcelona seakan buntu untuk membolosi gawang Bilbao, Guiu, 17, memecah kebuntuan sebaik dimasukkan oleh Xavi.

Penyerang itu memanfaatkan bola lorongan Joao Felix dan menewaskan Unai Simon pada penampilan sulungnya untuk Barca.

“Malam ini saya tidak akan tidur. Sukar untuk mempercayainya, saya hampir tidak dapat bernafas, saya menikmati saat ini,” kata Guiu.

Guiu menjadi pemain remaja terkini merakam penampilan sulung untuk Barca dengan akademi La Masia terus melahirkan pemain-pemain berbakat. – AFP-AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here