Home Sukan TENGKU ZAFRUL KAGUMI CHONG WEI,ANGGAP SATU PENGHORMATAN TERAJUI BAM

TENGKU ZAFRUL KAGUMI CHONG WEI,ANGGAP SATU PENGHORMATAN TERAJUI BAM

242
0

KUALA LUMPUR: Bakal Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sedar dengan harapan tinggi yang diletakkan untuk badminton memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri perlu terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan ahli majlis BAM bagi mendengar pandangan mereka sebelum berkongsi perancangan atau mengeluarkan sebarang kenyataan.

Memetik laporan menerusi berita harian,Katanya, ia adalah satu penghormatan buat dirinya apabila diberi kepercayaan oleh ahli majlis BAM untuk beliau menerajui badan induk berkenaan.

“Saya dengan rasa rendah diri amat menghargai keputusan yang dibuat oleh ahli majlis BAM. Saya teruja untuk bertemu dengan mereka.

“Tidak adil untuk saya buat sebarang kenyataan sehinggalah saya bertemu dan mendengar pandangan daripada mereka.

“Mengenai sasaran emas (Olimpik Paris)… kita lihat nanti,” katanya menerusi temubual podcast bersama BFM 89.9, semalam.

Menurut Tengku Zafrul, beliau mahu menjadikan badminton sebagai ‘ejen’ penyatuan seluruh rakyat Malaysia.

“Sukan menyatukan semua. Selain bola sepak, badminton juga adalah sukan utama yang boleh menyatukan semua. Saya mahu lihat perkara itu di Malaysia,” katanya yang menamakan bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain badminton Malaysia kegemarannya.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini mengumumkan Tengku Zafrul dipilih secara sebulat suara oleh ahli majlis badan induk itu bagi menggantikan tempatnya bermula Januari depan.

Pada Ogos lalu, Norza membuat pengumuman bakal mengosongkan kerusi nombor satu badan induk berkenaan lebih awal iaitu pada penghujung tahun ini berbanding selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

Sebagai rekod, beliau yang turut memegang jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mula mengambil alih kerusi Presiden BAM pada 2017 bagi menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here