Home Buletin Semasa IBU BAPA USAH BIMBANG, BAP DITERUSKAN

IBU BAPA USAH BIMBANG, BAP DITERUSKAN

165
0

KOTA BHARU: Rata-rata ibu bapa resah apabila bantuan awal persekolahan B-A-P tidak disebut ketika pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat.

Ini kerana B-A-P adalah salah satu bantuan bagi persediaan awal persekolahan anak-anak.

Bagaimanapun, ibu bapa khususnya boleh menarik nafas lega kerana bantuan tersebut masih diteruskan.

Dalam satu kenyataan media, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan bantuan tersebut dalam pengumuman belanjawan 2024 seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Bagaimanapun, kerajaan memperuntukkan RM788,130 khusus untuk tujuan BAP.

BAP akan disalurkan secara one off sebanyak RM150 untuk manfaat kepada seramai 5,254,200 murid.

Bantuan tersebut akan disalurkan bermula Januari 2024 melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang. – Sumber KPM –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here