Home Sukan BINTANG EPL TERKURUNG DI STADIUM BRUSSELS

BINTANG EPL TERKURUNG DI STADIUM BRUSSELS

109
0

BRUSSELS: Beberapa pemain Liga Perdana Inggeris terbabit dalam perlawanan yang tertangguh antara Belgium dan Sweden awal pagi tadi dan mereka ditahan seketika di Stadium King Baudouin.

Dua penyokong bola sepak Sweden yang menyarung jersi pasukan kebangsaan ditembak mati di Brussels menjelang perlawanan itu dengan suspek masih belum ditangkap.

Peminat juga terpaksa ditahan di stadium itu selama beberapa jam kerana faktor keselamatan.

Seorang lelaki bersenjata yang mendakwa sebagai anggota Islamic State (IS) melepaskan tembakan ke arah sekumpulan peminat. Seorang lagi dilaporkan cedera parah.

Pemain sayap Tottenham, Dejan Kulusevski antara pemain yang terbabit pada perlawanan itu selain pemain pertahanan Manchester United, Victor Lindelof dan pemain Aston Villa, Youri Tielemans.

Perlawanan itu ditangguh pada masa rehat dengan pemain dikatakan enggan keluar bagi meneruskan aksi babak kedua di Stadium King Baudouin.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Bekas penyerang Coventry City, Viktor Gyokeres meletakkan Sweden di depan pada babak pertama sebelum penyerang Chelsea, Romelu Lukaku, yang beraksi secara pinjaman di AS Roma, menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Turut beraksi bersama Belgium pemain Fulham, Timothy Castagne, pemain Nottingham Forest, Orel Mangala dan bekas pemain Tottenham, Jan Vertonghen serta pemain pertahanan Leicester, Wout Faes.

Pemain Manchester City, Jeremy Doku disenaraikan sebagai pemain simpanan di samping pemain Luton Town, Thomas Kaminski dan bekas penyerang Chelsea, Michy Batshuayi.

Bagi Sweden, pemain Aston Villa, Robin Olsen mengemudi gawang gol manakala penyerang Nottingham Forest, Anthony Elanga dinamakan sebagai pemain simpanan. – AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here