Home Sukan LUKEBAKIO,LUKAKU BANTU BELGIUM LAYAK KE EURO 2024

LUKEBAKIO,LUKAKU BANTU BELGIUM LAYAK KE EURO 2024

208
0

VIENNA, Austria: Belgium yang bermain 10 orang, menewaskan Austria 3-2 untuk memastikan kelayakan ke Euro 2024 dari Kumpulan F.

Belgium mendahului tiga gol selepas Dodi Lukebakio meledak dua gol antarabangsa pertamanya diikuti jaringan Romelu Lukaku.

Konrad Laimer merapatkan jurang untuk tuan rumah. Pemain tengah Belgium, Amadou Onana mengutip kad kuning kedua dan Marcel Sabtzer menyempurnakan penalti minit ke-81 untuk gol kedua Austria.

Austria masih berpeluang layak apabila berada tujuh mata di depan Sweden, tetapi perlu menang dalam salah satu daripada dua baki perlawanan menentang Azerbaijan pada Isnin dan Estonia pada November.

Belgium membuka jaringan pada minit ke-12 hasil gerakan menarik pemain sayap Sevilla, Lukebakio yang meledak gol antarabangsa pertamanya.

Penjaga gol Strasbourg, Matz Sels, yang menggantikan Thibaut Courtois di gawang Belgium, beraksi cemerlang menafikan percubaan Austria.

Lukebakio menambah jaringan pada minit ke-55 dan tiga minit kemudian, kapten Lukaku meledak gol ketiga Belgium.

Pemain belgium Dodi Lukebakio meraikan jaringan ketika aksi kelayakan Kumpulan F Euro 2024 menentang Austria di Stadium Ernst Happel, Vienna, Austria. – Foto REUTE

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kapten Austria, Laimer mencetus kebangkitan pasukannya pada minit ke-73 dan lima minit kemudian, Belgium terpaksa beraksi 10 orang selepas Onana mengutip kad kuning kedua.

Austria mendapat penalti ketika permainan berbaki enam minit selepas bola terkena tangan Arthur Theate.

Belgium bagaimanapun bertahan untuk memastikan kemenangan kelima dalam enam perlawanan. Mereka masih belum tewas di peringkat kelayakan untuk mara ke Kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here