WASHINGTON: Memetik laporan reuters menerusi Berita Harian, dalam tempoh sehari Jumaat lalu, Trump berjaya mengutip dana RM19.4 juta, menjadikan jumlah tertinggi dalam kempennya setakat ini.
Trump, yang dipilih sebagai presiden pada 2016 namun dikalahkan oleh demokrat Joe Biden pada 2020, sekali lagi memohon pencalonan parti republikan untuk menjadi presiden.
Trump kini menghadapi empat pertuduhan berkaitan dakwaan palsunya bahawa keputusan pilihan raya itu dirampas daripadanya serta serangan 6 januari tahun lalu oleh pengikutnya di capitol AS di Washington, DC.
Bagaimanapun trump menafikan semua pertuduhan berkenaan. pada 15 ogos, Trump didakwa oleh juri agung Georgia selepas siasatan oleh peguam daerah Fulton County, Fani Willis terhadap usahanya untuk membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya 2020 kepada Biden di negeri itu.
Pada 3 ogos, beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibawa oleh peguam khas Jack Smith di mahkamah persekutuan di Washington bahawa beliau bersubahat untuk menipu Amerika Syarikat dengan menghalang kongres daripada memperakui kemenangan pilihan raya 2020 ke atas Biden serta melucutkan hak pengundi untuk pilihan raya yang adil.
Beliau juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyimpan dokumen sulit secara tidak sah selepas meninggalkan pejabat serta memalsukan rekod perniagaan dalam kes di New York yang berkaitan dengan pembayaran kononnya wang menutup mulut bintang lucah Stormy Daniels sebelum pilihan raya presiden 2016. – Reuters, BH Online –
Imedikel TV






