Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Institut Pengajian Guru (IPG) menganjurkan program Bengkel Seni Wau Bulan Merdeka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Penyelaras program, Hafiz Ifwat Hashim, 20, berkata tujuan program itu adalah untuk memberi pengetahuan serta minat kepada pelajar terhadap teknik asas pembuatan wau.

“Wau ini juga akan diinovasi bertemakan kemerdekaan kerana kita tahu wau bulan ini adalah simbolik negeri Kelantan,”katanya.
Katanya yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian berkata, program itu melibatkan 40 pelajar daripada kursus Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Seni Visual, Matematik, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Sejarah serta Bimbingan dan Kaunseling.
Tambahnya, mereka juga diperkenalkan dengan teknik asas pembuatan wau kikik.
“Lepas ni pun kita akan buat bengkel juga jadi kita yang dah belajar ni la yang akan ajar pelajar yang lain,”katanya.
Menurutnya, ilmu yang mereka pelajari akan dicurahkan kepada pelajar yang akan datang.
Seorang pelajar jurusan Pendidikan Islam, Nurul Nabilah Sofea Nazari, 21, berkata dia diperkenalkan dengan permainan wau sejak usia 7 tahun lagi.

“Saya minat wau sebab ayah dulu pun selalu bawa pergi bendang main wau jadi saya tengok tu cantik sangat wau kucing. Saya tengok wau tu memang menarik. Masa tu la saya mula main wau,”katanya.
Nabilah berkata teknik asas pembuatan wau yang dikuasainya akan dijadikan hobi dan minatnya dalam bidang seni.
Pelajar jurusan Pendidikan Khas, Saiful Azrin Saidi, 21, berkata wau adalah satu bidang yang memerlukan kreativiti seseorang individu untuk menghasilkannya.

“Sebelum ni saya tak pernah main wau, jadi benda ni buatkan saya gembira la sebab belajar benda baru. Sebab ilmu tu bukan untuk kita sahaja tapi untuk masyarakat juga nanti,”katanya.
Imedikel TV






