Home Luar Negara 10 MAUT, 30 CEDERA BAS TERHUMBAN KE SUNGAI DI SRI LANKA

10 MAUT, 30 CEDERA BAS TERHUMBAN KE SUNGAI DI SRI LANKA

119
0

COLOMBO: Sekurang-kurangnya 10 penumpang terbunuh dan lebih 30 cedera selepas bas yang dalam perjalanan dari polonnaruwa yang terletak di wilayah tengah menuju ke Kaththankudy di Timur Sri Lanka, terhumban ke dalam sungai, semalam.

Bas itu melanggar jambatan Kotaleeya di manampitiya sebelum terhumban ke dalam sungai Mahaweli, kata jurucakap polis Nihal Thalduwa, lapor Xinhua.

Beliau berkata mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke hospital Polonnaruwa.

Laporan awal mendapati kecuaian pemandu menjadi punca kepada nahas itu.

Sumber BH Online

Sumber BERNAMA-XINHUA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here