Home Buletin Semasa BAYI DUA TAHUN DITEMUKAN LEMAS DALAM SUNGAI KETIL

BAYI DUA TAHUN DITEMUKAN LEMAS DALAM SUNGAI KETIL

245
0

BALING: Seorang bayi lelaki berusia lingkungan dua  tahun ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubok Pedati, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd Jamil Mat Daud, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 12.04 tengah hari.

“Komander Operasi memaklumkan ada seorang bayi lelaki hanyut ke sungai berhampiran sebuah tapak perkhemahan.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah turut meminta maklumat dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Operasi turut dibantu malim gunung dan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Persatuan Rekreasi Luar dan orang awam,” katanya dihubungi hari ini.

Mohd Jamil berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang.

Beliau berkata, mangsa ditemukan oleh malim gunung dari pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan oleh pasukan bomba.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here