Home Buletin Semasa JPJ PAHANG AGIH 600 UNIT TOPI KELEDAR KEPADA KOMUNITI RAUB

JPJ PAHANG AGIH 600 UNIT TOPI KELEDAR KEPADA KOMUNITI RAUB

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

RAUB: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang mengagihkan sebagai 600 topi keledar sempena Program Pertukaran Topi Keledar Percuma di Dewan Terbuka Dataran Raub, di sini, kelmarin.

Program berkenaan antara usaha berterusan dalam memperkukuh budaya keselamatan jalan raya, khususnya dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, berkata pada program kali ini sebanyak 500 unit topi keledar dewasa dan 100 unit topi keledar kanak-kanak disediakan bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat menggantikan topi keledar lama, rosak atau tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Menurutnya, inisiatif ini memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan topi keledar baharu secara percuma dengan cara menukar topi yang lama. Mereka datang membawa topi keledar lama, pulang bawa topi keledar baharu dan menarik.

“Program yang diadakan ini menjadi platform penting dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penggunaan topi keledar yang berkualiti, mematuhi piawaian keselamatan serta dipakai dengan cara yang betul bagi mengurangkan risiko kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

“Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen berterusan JPJ Negeri Pahang dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan advokasi yang lebih proaktif, inklusif dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan serta keselamatan rakyat,”katanya.

Beliau berkata, sambutan yang diterima pada program kali ini begitu menggalakan dengan kehadiran masyarakat setempat pelbagai kaum yang merebut peluang disediakan kerajaan.

Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya berkata, pihaknya akan terus mengadakan program menukar topi keledar percuma ke seluruh negeri, sebelum ini program sama diadakan dibeberapa daerah.

“Saya berharap masyarakat pengguna motosikal dapat merebut peluang yang disediakan kerajaan, program ini bukti keprihatinan kerajaan pada rakyat.

“Jabatan bertanggungjawab memikul amanah untuk mengagihkan topi keledar baharu secara percuma setiap kali program berkenaan diadakan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here