Home Buletin Semasa BEKAS PENGETUA RUGI RM1.1 JUTA TAWARAN PELABURAN TIDAK WUJUD

BEKAS PENGETUA RUGI RM1.1 JUTA TAWARAN PELABURAN TIDAK WUJUD

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Terlalu tertarik dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud di media sosial, mengundang kerugian RM1.1 juta pada bekas pengetua sebuah sekolah di daerah ini.

Warga emas terbabit yang begitu teruja dengan pulangan ditawarkan melakukan semua transaksi secara dalam talian dan di kaunter bank berbeza di Pekan dan daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, mangsa berusia 65 tahun membuat laporan semalam apabila menyedari tertipu selepas melakukan 22 transaksi kewangan antara 21 Ogos hingga 7 Oktober lalu.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa menggunakan wang simpanan, menjual tanah dan pinjaman untuk melabur dalam skim pelaburan tidak wujud itu.

Menurutnya, pada 21 Jun lalu lelaki terbabit melihat iklan pelaburan melalui aplikasi TikTok menggunakan nama akaun Network 1 Agency Sdn Bhd.

“Mangsa kemudian berhubung dengan individu mendakwa sebagai ejen syarikat itu melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudian diarah melakukan pemindahan wang ke dalam enam akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata. selepas semua pelaburan dilakukan pesara terbabit diminta membuat bayaran tambahan atas pelbagai alasan tidak munasabah.

Azry Akmar berkata, warga emas terbabit tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan dan mengesyaki menjadi mangsa penipuan serta membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here