Home Sukan HULL TERUS BUAT KEJUTAN

HULL TERUS BUAT KEJUTAN

LONDON: Hull City meneruskan permulaan sensasi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Coventry City 1-0 hasil jaringan lewat Liam Millar untuk mencatat kemenangan kedua berturut-turut, malam tadi.

Memetik laporan Reuters menersui Harian Metro, kemenangan itu menyaksikan kelab yang baru dinaikkan ke EPL berkenaan mengekalkan rekod sempurna selepas dua perlawanan dengan enam mata serta dua kali tanpa bolos.

Lebih mengagumkan, Hull sebelum ini sudah mengejutkan Manchester United 2-0 pada aksi pembukaan musim, sekali gus menjadikan kemenangan di laman Coventry sebagai satu lagi bukti mereka bukan sekadar mahu menjadi pasukan pelengkap liga.

Oli McBurnie memuji disiplin pertahanan pasukannya yang berjaya mengekang tekanan Coventry, selain penjaga gol Konstantinos Tzolakis tampil cemerlang dengan beberapa aksi menyelamat penting.

“Menjadikan Liga Perdana Inggeris kelihatan mudah? Saya tidak akan kata begitu. 

“Semua pemain beraksi dengan sangat baik dalam dua perlawanan terakhir.

“Hari ini kami datang dengan pelan permainan. Kami tahu Coventry pasukan yang bagus. Kami bertemu mereka dua kali musim lalu dan tahu apa yang mereka mampu lakukan,” katanya kepada Sky Sports.

Hull dijangka berdepan tekanan hebat sepanjang perlawanan apabila Coventry lebih banyak menguasai bola, namun barisan pertahanan pelawat kekal tenang untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

“Kami tahu mereka akan banyak menguasai bola dan kami bergantung kepada pemain di bahagian belakang untuk yakin menghadapi hantaran dari kawasan sayap dan lintasan bola, selain mempertahankan kawasan kotak penalti dengan baik.

“Tzolakis memang hebat sejak dia menyertai pasukan,” kata McBurnie.

Kejayaan itu turut menyaksikan Hull menjadi kelab keempat yang baru dinaikkan ke EPL untuk memulakan kempen dengan dua kemenangan berturut-turut. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here