MONTREAL: Seorang terbunuh di barat Kanada selepas sebuah pesawat penumpang kecil melanggar sebuah kenderaan semasa melakukan pendaratan cemas di jalan raya, kata polis.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, kejadian itu berlaku pada petang Khamis, di Prince George, British Columbia, lebih 700 kilometer di utara Vancouver.
Imej kejadian itu menunjukkan pesawat kecil itu berada di tepi jalan, terletak di atas rumput di sebelah kawasan hutan.
“Polis berdukacita untuk mengesahkan bahawa terdapat satu kematian dalam kejadian ini, seorang penumpang salah satu kenderaan,” kata Polis Berkuda Diraja Kanada dalam satu kenyataan.
Tidak dapat dipastikan sama ada sesiapa di dalam pesawat itu cedera. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






