Home Luar Negara REMAJA PARAH DISERANG LELAKI BERSENJATAKAN PEDANG DI SEKOLAH SWEDEN

REMAJA PARAH DISERANG LELAKI BERSENJATAKAN PEDANG DI SEKOLAH SWEDEN

STOCKHOLM: Sekurang-kurangnya dua remaja cedera parah selepas seorang penyerang bersenjatakan pedang memasuki sekolah menengah di tengah Sweden, kata pihak berkuasa, manakala media melaporkan suspek ditembak polis.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Pengarah Kesihatan Wilayah, Jonas Cederberg, berkata kepada AFP, dua individu yang mengalami kecederaan parah dirawat di hospital, manakala seorang lagi yang tahap kecederaannya masih belum diketahui sedang dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa kesihatan dalam kenyataan di laman webnya berkata, dua mangsa yang cedera parah itu ialah remaja lelaki berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Seorang daripada mereka sedang menjalani pembedahan kecemasan, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.

“Seorang penyerang bersenjatakan pedang memasuki Brinellskolan dan mencederakan beberapa orang,” kata pihak berkuasa perbandaran Fagersta dalam satu kenyataan, sambil memaklumkan penyerang sudah ditahan polis.

Polis berkata, pihaknya menerima laporan mengenai serangan itu selepas jam jam 2 petang (8 malam waktu Malaysia).

Pelajar yang baru kembali daripada cuti musim panas masih berada dalam keadaan terkunci di dalam sekolah berkenaan dan beberapa sekolah berhampiran, lebih tiga jam selepas kejadian.

Pihak berkuasa tempatan kemudian memaklumkan arahan berkurung di sekolah itu sudah ditarik balik.

Ia turut menangguhkan sidang media yang pada awalnya dijadualkan jam jam 5 petang, dengan alasan “operasi menyelamat” masih dijalankan.

Motif serangan itu masih belum diketahui. – AFP, BH Onl;ine –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here