Home Sukan JUN HO DIJANGKA TERLEPAS AKSI SULUNG

JUN HO DIJANGKA TERLEPAS AKSI SULUNG

GUADALAJARA: Pemain tengah Korea Selatan, Bae Jun Ho dijangka terlepas aksi pembukaan Piala Dunia menentang Republik Czech di Guadalajara apabila masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan buku lali yang dialami ketika kemenangan 5-0 ke atas Trinidad and Tobago, 10 hari lalu.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, perancang berusia 22 tahun yang beraksi bersama Stoke City itu terlepas beraksi ketika kemenangan 1-0 Korea Selatan ke atas El Salvador pada Khamis lalu dan hanya menjalani latihan secara berasingan dalam usaha memastikan dirinya cergas menjelang perlawanan pertama Kumpulan A menentang pasukan kendalian Miroslav Koubek.

Jun Ho adalah antara pemain termuda dalam skuad bimbingan Hong Myung Bo dan diharapkan dapat menyuntik tenaga muda kepada pasukan yang bergelut sepanjang pusingan kelayakan Asia sebelum mengesahkan tiket ke Piala Dunia buat kali ke-11 berturut-turut.

Korea Selatan mara ke pusingan 16 terbaik pada 2022 hasil jaringan lewat masa kecederaan Hwang Hee Chan ketika menewaskan Portugal, dan penyerang Wolverhampton Wanderers itu berharap dapat mengulangi detik terbabit pada kejohanan kali ini.

“Jika saya dapat menghasilkan satu lagi aksi seperti itu, ia pasti hebat untuk diri saya dan juga pasukan.

“Saya bekerja keras untuk saat seperti itu. Setiap perlawanan penting, tetapi perlawanan pertama amat penting,” kata Hee Chan yang bakal membuat penampilan ketiganya di Piala Dunia.

Republik Czech hadir ke Piala Dunia dengan keyakinan tinggi selepas mencatat enam kemenangan dalam aksi kelayakan dan perlawanan persahabatan susulan krisis pada penghujung tahun lalu apabila mereka tewas kepada Kepulauan Faroe.

Kekalahan itu menjadi titik terendah kempen kelayakan mereka dan membawa kepada pelantikan Koubek yang membimbing Republik Czech mengharungi pusingan ‘play-off’ untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here