Home Buletin Semasa POLIS KELANTAN ROBOH 71 LAGI PANGKALAN HARAM DI SUNGAI GOLOK BERMULA 25...

POLIS KELANTAN ROBOH 71 LAGI PANGKALAN HARAM DI SUNGAI GOLOK BERMULA 25 JANUARI INI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis Kelantan akan merobohkan kira-kira 71 lagi pangkalan haram di Sungai Golok bermula 25 Januari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, jumlah tersebut adalah daripada 96 pangkalan haram yang berstruktur.

“Jumlah keseluruhan adalah 223 buah, 96 buah ini adalah berstruktur termasuk mempunyai tangga, jeti dan sebagainya.

“Kita mendapat peruntukan untuk merobohkan pangkalan haram tersebut. InsyaAllah akan siap sebelum Mac ini,”katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi perobohan itu akan dijalankan melalui laluan laut (air).

“Kita akan lakukan operasi perobohan itu melalui laut kerana laluan darat sempit dan menyukarkan operasi tersebut.

“Kita akan buat sebanyak mungkin dalam tempoh dua minggu tersebut,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here