Home Buletin Semasa INKUES KEMATIAN ZARA QAIRINA: PEGUAM MINTA HENTIKAN PERHIMPUNAN SEMENTARA

INKUES KEMATIAN ZARA QAIRINA: PEGUAM MINTA HENTIKAN PERHIMPUNAN SEMENTARA

316
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA KINABALU: Inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina kini sedang berlangsung di Mahkamah Koroner dengan enam orang saksi dipanggil setakat ini.

Dalam kenyataan bersama hari ini, pasukan peguam yang mewakili ibu kepada pelajar Tingkatan Satu, Noraidah Lamat menyatakan mereka berpuas hati dengan perjalanan prosiding setakat ini.

“Kami menghargai sokongan orang ramai melalui perhimpunan aman solidariti Justice For Zara dan sumbangan dana bagi menampung kos-kos perlantikan pakar-pakar dalam pelbagai bidang bagi anak guam kami iaitu ibu Zara dalam inkues ini. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.

“Kami juga sedia maklum bahawa beberapa individu sudah ditangkap dan didakwa di mahkamah berhubung ucapan di perhimpunan atau komen di media sosial berkaitan gelombang Justice For Zara. Kami dan anak guam kami tidak mahu slogan atau nama Zara dicemari oleh tindakan pihak tidak bertanggungjawab,”menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pasukan guaman berpandangan semua bentuk perhimpunan aman wajar ditangguhkan sehingga prosiding inkues selesai, selaras dengan hasrat ibu Allahyarhamah.

“Kami memohon agar semua pihak berhati-hati ketika memberi kritikan dan komen di sosial media tentang prosiding inkues dan bukti-bukti yang dikemukakan.

“Ini penting bagi mengelakkan risiko subjudice dan gangguan dalam perjalanan prosiding inkues,”jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, himpunan solidariti hanya wajar diteruskan setelah prosiding inkues diselesaikan sepenuhnya.

Mereka menyeru semua pihak memberi ruang kepada mahkamah untuk melaksanakan tanggungjawabnya, dengan kesabaran dan kepercayaan kepada proses kehakiman, kebenaran akan terserlah dan keadilan akan dicapai.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here