Home Buletin Semasa PRIHATIN, KASIH SAYANG ANTARA PELAJAR, BENTENG KES BULI

PRIHATIN, KASIH SAYANG ANTARA PELAJAR, BENTENG KES BULI

251
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Penerapan nilai prihatin dan kasih sayang antara pelajar senior dan junior menjadi antara faktor utama dalam usaha membenteng kes buli di institusi pengajian tinggi.

Pengarah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu, Raja Izuddin Raja Ahmad, berkata kedatangan pelajar baharu wajar disambut dengan kegembiraan dan semangat kekeluargaan, bukan dengan permusuhan atau kebencian.

“Sejak hari pertama pendaftaran, kita sudah terapkan nilai kasih sayang dalam kalangan pelajar senior terhadap pelajar junior agar mereka merasa dihargai dan dilindungi.

“Sepanjang minggu orientasi, fasilitator pula dilatih bukan untuk mengarah atau memberi tekanan, tetapi untuk membantu dan membimbing pelajar baharu menyesuaikan diri dengan suasana kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Ekspresi Anak Malaysia 1 Suara, 1000 Warna di KPTM Kota Bharu, di sini, hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini, KPTM Kota Bharu tidak mencatat sebarang kes buli berikutan pelaksanaan sistem mentor-mentee, yang melibatkan pensyarah sebagai pemantau dan pembimbing kepada kumpulan pelajar tertentu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here