Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tanaman hiasan bernilai RM800,000 di Kampung Kedap, di sini, semalam
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Batalion 8 berjaya merampas tanaman hiasan apabila menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kampung itu.
“Hasil pemeriksaan terdapat 810 pokok Kemboja, 100 pokok Lanas, 100 pokok Kemuning, 100 pokok Rhu Hitam dan 100 pokok Kayu Hitam berada di belakang lori tersebut.
“Tiada dokumen berkaitan tanaman hiasan ini ditunjukkan oleh pemandu dan disyaki diseludup dari Thailand.
“Anggaran nilai rampasan bernilai RM 800 ribu termasuk lori,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seorang lelaki berumur 41 tahun yang juga pemandu lori berkenaan dturut ditahan dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke sebuah nurseri tempatan di Kedah.
Kesemua barang rampasan diserahakan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat dibawah Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167).
IMedikel TV






