Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang merancang untuk membina dua kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK).
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata antara R&R yang akan dibina adalah di Laloh, Kuala Krai dan Bukit Bakar, Machang.
“Dengan adanya R&R ini akan memberi limpahan terhadap ekonomi setempat serta tarikan pelancongan selaras dengan pembinaan LTU itu.
“Kita juga telah mengenal pasti tapak-tapak untuk membangunkan R&R tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zubir Abu Bakar (PAS-Mengkebang) yang bertanya perancangan untuk mewujudkan R&R
di Kuala Krai untuk meningkatkan sektor ekonomi setempat dan tarikan pelancongan selaras dengan pembinaan LTU pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Tambahnya, setakat ini reka bentuk R&R itu belum dikenalpasti namun pihaknya bersetuju membinanya mengikut seni bina negeri Kelantan,” katanya.
IMedikel TV






