Home Sukan REAL SINGKIR ATLETICO MENERUSI PENENTUAN PENALTI

REAL SINGKIR ATLETICO MENERUSI PENENTUAN PENALTI

174
0

MADRID: Real Madrid mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 4-2 ke atas Atletico Madrid dalam penentuan penalti, selepas tewas 1-0 pada aksi timbal balik dan terikat 2-2 secara agregat.

Atletico kendalian Diego Simeone mengatasi juara 15 kali itu di Stadium Metropolitano, tetapi Real tidak pernah tersingkir di tangan tetangganya itu dalam kejohanan berkenaan.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti berusaha keras selepas ketinggalan hasil jaringan Conor Gallagher pada minit pertama.

Thibaut Courtois menyelamatkan percubaan Julian Alvarez dan sepakan penalti Vinicius Junior tersasar untuk Madrid.

Dalam penentuan penalti, Alvarez menjaringkan gol untuk Atletico tetapi jaringannya dibatalkan kerana dia menyentuh bola dua kali selepas tergelincir ketika mengambil sepakan.

Marcos Llorente turut gagal menyempurnakan penalti untuk Atletico dan pemain Madrid, Antonio Rudiger meledak gol kemenangan buat juara bertahan itu, yang akan bertemu Arsenal di suku akhir.

“Kami datang ke sini seperti sudah memenangi perlawanan dan mereka menjaringkan gol awal, ia memberikan masalah buat kami.

“Perlawanan diheret ke penentuan penalti, di akhir permainan kami terlalu penat, ia jelas kelihatan dan syukur kami menang,” kata pemain tengah Madrid, Fede Valverde. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here