Home Buletin Semasa  WARGA BANGLADESH JADI “ULAT KAD SIM” DITAHAN

 WARGA BANGLADESH JADI “ULAT KAD SIM” DITAHAN

185
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Sembilan lelaki warganegara Bangladesh ditahan dalam Operasi Khas bagi membanteras “ulat kad sim” warga asing, di Ruang Legar, Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Isnin.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban dalam satu kenyataan semalam, berkata operasi bermula pada 1.30 petang melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Bertindak atas maklumat awam dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas sembilan lelaki warganegara asing.

“Hasil pemeriksaan tersebut, pasukan operasi telah menahan kesemua mereka adalah warganegara Bangladesh berusia antara 22 hingga 50 tahun.

“Pasukan operasi telah merampas empat naskhah pasport Bangladesh, 10 unit telefon bimbit, 121 keping kad sim pelbagai syarikat telekomunikasi (telco), lapan keping jarum pembuka kad sim dan wang tuna berjumlah RM1,555,”katanya.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan “ulat kad sim” warganegara Bangladesh itu adalah mensasarkan pelancong warganegara Bangladesh yang baru tiba di KLIA dengan menjual kad sim secara langsung.

“Kad sim daripada pelbagai telco Malaysia yang dijual akan didaftarkan atas nama individu lain dan dijual dengan harga RM25.00 sekeping.

“Soal siasat awal mendapati hasil penjualan kad sim in boleh mencecah sehingga RM1,500 hingga RM2,000 sehari dan dipercayai telah beroperasi sejak dua bulan,”katanya.

Jelasnya hasil semakan awal mendapati lima yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah, dua telah tinggal lebih masa manakala dua lagi dipercayai telah melanggar sarat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Beliau berkata lima lelaki warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Aka Imigresen 1959/63, dua lelaki warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 dan dua lelaki warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua warganegara asing ini dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan laniut.

“JIM akan mempergiatkan penguatkuasaan bagi membanteras apa sahaja aktiviti yang melanggar undang-undang dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Aka Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Aka Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here