Home Buletin Semasa KERAJAAN KELANTAN BAKAL LAKSANA SAMBUTAN HARI KELUARGA MAWADDAH SEPTEMBER DEPAN

KERAJAAN KELANTAN BAKAL LAKSANA SAMBUTAN HARI KELUARGA MAWADDAH SEPTEMBER DEPAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan Sambutan Hari Keluarga Mawaddah peringkat negeri 2024 di Taman Perbandaran Tengku Anis pada 7 September depan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassaruddin Daud berkata, program tersebut merupakan satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat di negeri tersebut.

“Kita menyasarkan masyarakat umum, suami isteri, anak-anak serta datuk dan nenek datang untuk meriahkan sambutan program itu.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi memastikan setiap ahli keluarga dapat menikmatinya termasuk sukaneka pelbagai kategori umur, mewarna kanak-kanak, ‘fun walk’ ‘snakes & ladders’, ‘soopa doopa’, penampilan badut & maskot, demonstrasi kebakaran, foto video, sudut ilmiah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) dan ‘photobooth family’,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, terdapat ruangan menyusu yang disediakan bagi memastikan golongan ibu berada dalam keadaan selesa untuk menyusu anak mereka.

Selain itu, turut diadakan forum bertajuk “Cintai Keluarga, Disitulah Syurga” bersama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Fadhli Aziz.

“Kita juga akan mengadakan acara penyampaian Anugerah Tokoh Keluarga Mawaddah peringkat negeri dan parlimen 2024.

“Pada peringkat parlimen, sebanyak 14 anugerah khas akan diberikan kepada keluarga yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan manakala lima kategori anugerah peringkat negeri termasuk Keluarga Cemerlang, Keluarga Istimewa (OKU), Keluarga Tabah (Armalah), Keluarga Cekal (bapa tunggal) dan Keluarga Bangkit,” katanya.

Jelasnya, program tersebut bermula pada 7 pagi dan berakhir pada 1.30 tengah hari. – Unit Komunikasi Korporat, U-KeKWa –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here