Home Buletin Semasa PELAKSANAAN PENGAPUNGAN HARGA MINYAK DIESEL PADA 1 JANUARI 2024 ADALAH TIDAK BENAR

PELAKSANAAN PENGAPUNGAN HARGA MINYAK DIESEL PADA 1 JANUARI 2024 ADALAH TIDAK BENAR

299
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan bahawa beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial berkaitan “subsidi diesel dihapuskan bagi kenderaan diesel bermula 1 Januari 2024” adalah maklumat yang tidak benar.

Menurut kenyataan media, KPDN sedang menjalankan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel melibatkan enam (6) syarikat yang menerima kuota bagi skid tank mereka yang akan tamat tempoh pada 14 Januari 2024.

Ia sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu. Proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel seperti mana yang dirancang.

KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang ramai. – KPDN –

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here